Sunday, July 25, 2010

MIGGU 2 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum. Pada kuliah minggu ini, saya telah mempelajari banyak perkara yang baru walaupun perkara itu serba sedikit saya sudah maklum tetapi dengan penerangan dari en. amran yang sangat detail membuatkan saya lebih faham. apa yang saya pelajari ialah soundscape,budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik, konsep atau struktur.

Sebelum ini, saya tidak pernah mendengari perkataan yang dipanggil soundscape tetapi setelah diterangkan baru lah saya tahu bahawa soundscape bermaksud suara atau bunyi dan pemandangan dan ia boleh dirumuskan kepada pemandangan bunyi yang merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara.

Selain itu, budaya muzik pula bermakna penglibatan menyeluruh berkaitan muzik seperti idea, aksi, institusi, material iaitu peralatan, pakaian dan lain-lain. Budaya muzik ini beloh juga diturunkan dari turun temurun kerana muzik ini bersifat universal dan setiap individu mempunyai makna atau nilainya yang tersendiri.

konteks yang ketiga ialah sejarah muzik tradisional, muzik tradisional atau muzik lama ini perlu dilihat dari sudut melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian Thai, kampuchea dan Filipina. Terdapat persamaan dalam penggunaan alat serta struktur muzik, yang dipengarurhi dari Timur Tengah, China,dan India, Arab dan beberapa negara lain.

Selain daripada itu, alat-alat muzik tradisional juga dikatogerikan kepada empat jenis iaitu Kordofon, Membranofon, Aerofon dan Idiofon. Masing-masing mempunyai struktur dan perbezaan yang tersendiri dan dapat dikatogerikan didalam kumpulan masing. struktur atau konsep muzik pula dikenali dalam enam jenis iaitu melodi, ritma atau meter, harmoni, bentuk atau form, notasi, ekspresi atau tafsir. Untuk mendalami muzik kita hendaklah memahami asas-asas dalam muzik ini terlebih dahulu. Hal ini supaya kita lebih jelas dan lebih memahami sesuatu karya muzik yang hendak atau yang akan dihasilkan oleh seseorang.

sebagai seorang bakal guru muzik suatu hari nanti, kita hendaklah memahami perkara-perkara diatas ini terlebih dahulu supaya kita tidaklah dikatakan hanya belajar muzik tetapi tidak faham apa itu pentafsiran muzik yang sebenarnya. Oleh itu, apa yang saya dapat kongsikan disini ialah nota yang dikongsikan oleh en amran adalah sangat berguna bukan sahaja untuk pelajaran muzik tradisonal tetapi untuk keseluruhan muzik juga.

Sekian, terima kasih

1 comments:

Marlin Binti Kisil on July 27, 2010 at 10:25 AM said...

Tahniah kerana telah dapat membuat posting yang kedua!

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 MASYITAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template