Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. pada minggu ini saya telah mempelajari sesuatu baru dan topik yang dibincangkan juga amat menarik minat saya. Apa yang telah dibincangkan oleh En. Amran ialah mengenai objektif utama tajuk utama minggu ini iaitu, kaedah klasifikasi muzik tradisional malaysia, kategori muzik tradisional malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional malaysia. Sebelum ini saya tidak menyangka bahawa muzik tradisional ini mempunyai kategori atau ciri-ciri khusus. Perkara ini dapat dibahagikan kepada perspektif adaptational yang bermaksud penyesuaian dan idiosyncratic pula bermaksud cara atau gaya yang tersendiri dan sulit, ia mempunyai sifat semulajadi, kemampuan fisiologi dan kestabilan unsur serta bentuk asal.

Contohnya, Gambus atau Gambus Hadramaut yang berasal dari Timur Tengah atau Afrika Utara dan telah berhijrah ke dunia melayu pada abad ke 14. Alat-alat muzik ini dapat diklasifikasikan dari budaya muzik Cina, India dan Eropah dan masing-masing membawa identiti negara tersendiri. selain itu, alat-alat ini dapat di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :-
  • perkusi seperti timpani, bango dan drum
  • bertali pula seperti violin, gitar dan cello
  • alat tiupan seperti flute, piccolo dan trombone.

Selain daripada itu, kuliah minggu ini membincangkan mengenai dua ciri utama dalam muzik tradisional malaysia iaitu Tradisi Besar dan Tradisi Kecil. Tradisi Besar ialah budaya klasik atau istana yang mana muzik yang dimainkan adalah hanya untuk upacara utama di istana dan lama kelamaan ia telah di persembahkan kepada rakyat biasa. Manakala, tradisi kecil pula ialah Budaya Rakyat iaitu muzik yang dimainkan oleh rakyat-rakyat biasa sebagai hiburan di sesuatu tempat tertentu. muzik tradisional ini dapat dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik kontemp.

Hal ini berbeza dengan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia yang dapat dibahagikan kepada enam iaitu
  • bentuk seni lakon utama,
  • bentuk tarian utama
  • ensemble gendang
  • vokal dan instrument solo
  • ensemble sosial popular
  • ensemble lain
Setiap ciri-ciri ini membawa makna atau ciri khusus bagi setiap kategori. Diharapkan minggu hadapan kami dapat menerima sesuatu input yang baru lagi. Agar setiap antara kami dapat menerima dan memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai muzik-muzik tradisional ini. Bagi saya muzik tradisional ini haruslah difahami dan dipelajari oleh setiap orang terutamanya yang bergelar rakyat malaysia kerana muziknya sangat unik.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 MASYITAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template