Sunday, August 8, 2010

MINGGU 4 : JURNAL REFLEKSI

Salam Muhibbah..... pada kuliah minggu ke 4 ini, kita telah mempelajari satu jenis muzik atau teater tradisional yang di kenali sebagai Wayang Kulit. Selama ini saya hanya kenal APA ITU wayang kulit tetapi sedikit pun saya tidak faham tentangnya, bukan sahaja dari segi alat-alat muzik yang digunakan malahan jenis-jenis serta patung-patung yang dimainkan juga saya tidak tahu apa fungsinya. Tetapi, setelah diterangkan secara detail barulah saya mulai meminati apa yang disebut selama ini sebagai Wayang Kulit.

Wayang Kulit mempunyai empat jenis iaitu, Wayang Kulit Jawa, Wayang Gedek, Wayang Kulit Melayu dan Wayang Kulit Kelantan. Wayang Kulit merupakan sebuah teater kuno Malaysia, ia menceritakan mengenai Dalang dan bayang-bayang patung di atas kelir. Dalang dalam bidang wayang kulit ialah seorang yang memainkan berbilang peranan antaranya sebagai penulis cerita, pengarah lakonan, pengatur pentas, penyusun iringan, pengisah, pemain watak, dan penyanyi.

Wayang Kulit ini berbentuk teater purba yang dimainkan oleh orkestra tertentu mengiringi gerak geri wayang. Selain itu, wayang kulit ini mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya iaitu seni muziknya yang unik dan keahlian yang khusus membuatkan dalang dan panjaknya menghafal lebih daripada 35 buah lagu. Dalang juga haruslah mahir dalam hikayat-hikayat yang bersifat paramakawi dan paramasastra. Selain itu, dalang seharuslah pandai melakunkan cerita supaya menarik, pandai dalam membawa suasana gembira, takut, kasih sayang, sedih, garang dan lucu (Awicarita). Pengajaran yang bercorak agama, maka berkewibawaan dalang sangat-sangat di pelihara untuk dan menjadi tauladan dan ikutan kepada masyarakat. Mengikut seni lukis atau ukir ialah melukis dan memahat atau menatah patung wayang adalah satu kesenian khusus yang mempunyai kemahiran dan kesabaran yang tinggi.

Wayang Kulit Jawa dikenali sebagai Wayang Purwa dan berasal dar Indonesia
dan di persembahkan oleh orang keturunan Jawa di Johor dan Selangor. Wayang kulit jawa berceritakan mengenai cerita Pendawa Jawa dan patung-patung ia menyerupai patung wayang kulit kelantan. Bahasa yang digunakan pula ialah dialek Melayu tempatan.



Wayang Gedek pula dimainkan dikawasan Utara Semenanjung Malaysia (perlis dan Kedah) - Nang Talung. Wayang ini berasal dari Thailand menggunakan patung kecil dengan mukanya menghala ke depan. Ia menggunakan campuran bahasa Thai dan tempatan. Wayang gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung, ia menceritakan babak-babak cerita yang popular pada masa kini. Ia juga disampaikan dalam loghat Siam mahupun dialek Melayu Kedah.

Wayang Kulit Melayu dipengaruhi oleh Wayang Purwa dari Indonesia. Ia dimainkan di Istana Patani. bentuk patungnya pula mengikut stail Pulau Jawa dan ia masih ada di Kg. Cicah,Kelantan. Selain itu, ia menceritakan tentang episod-episod dari epik Mahabharata, terutamnya cerita Pendawa Lima. Wayang ini dipengaruhi oleh cerita panji. Bahasa yang disampaikan pula ialah dengan dialek Melayu tempatan.


Wayang Kulit Kelantan merupakan teater rakyat dan sangat popular. Ia menceritakan tentang Hikayat Seri Rama. Ukiran hiasan banyak persamaan dengan patung-patung Patani. ia diukit dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain. Ia menggunakan dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.



Bagi saya topik wayang kulit ini salah satu topik yang baru untuk saya. Saya amat seronok kerana En. Amran banyak memberikan input yang baru kepada semua pelajar Muzik tradisional. Terima Kasih En. Amran. :)

1 comments:

CHRISTINE on August 8, 2010 at 11:36 PM said...

tahniah....marilah kita berjuang untuk kuliah yang akan datang...gamelan dan caklempong!!!

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 MASYITAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template