Selamat sejahtera kepada semua.... pada minggu lepas kumpulan ini telah membincangkan tajuk yang melibat alat-alat tradisional iaitu gamelan dan caklempong. Kami membincangkan sejarah dan jenis-jenis gamelan, alat muzik, sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur gamelan. Gamelan dikatakan berasal dari Indonesia, namun kini gamelan juga boleh didapati di negara-negara luar juga. Walaubagaimana pun setiap negara akan membawa ciri-ciri yang tersendiri namun ia tetap menggunakan alatan yang lebih kurang sama.
Tetapi, dalam perbincangan dalam kuliah 5, kami membicangkan mengenai Gamelan Melayu, dan ini bermakna di Malaysia terdapat satu Gamelan Melayu yang juga dikenali sebagai gamelan terengganu dan joget gamelan. Gamelan terdiri daripada dua jenis iaitu gamelan melayu dan gamelan jawa. Biasanya, gamelan ini mengiringi tarian, dan juga sebagai alat hiburan kepada rakyat. Alat ini juga tidak terhad kepada golongna di Raja sahaja.
Selain itu, kami juga membincangkan muzik tradisional Caklempong. Caklempong juga dikenali sebagai telempong, tak lempong atau talempong. Muzik Caklempong ini terdapat di Daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Muzik ini berasal dari Minangkabau dan ia mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramaian. Selain itu, ia juga terdapat di dalam drama tarian randai.
Caklempong menggunakan alatan seperti Bonang, gereteh, tingkah, sauwa/saua, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai. Jika dilihat dengan mata kasar ia seakan-akan sama seperti gamelan. Setelah mempelajarinya barulah saya tahu bahawa CAklempong dan Gamelan ini berbeza sekali. Tempo muzik caklempong lebih laju berbanding dengan muzik gamelan yang lebih perlahan sedikit tempohnya.
Sebagai seorang bakal guru yang menuntut di UPSI saya bersyukur dengan ilmu muzik yang saya perolehi di UPSI ini. Hal ini kerana kami bukan sahaja dapat mempelajari alat muzik moden malahan dapat memainkan sendiri alat-alat muzik tradisional ini.
Sekian, terima kasih
1 comments:
Setuju 100% dengan Masyitah...tanpa praktikal tiadalah kemahiran...semoga kita sama-sama memperoleh manfaatnya untuk disebarkan kepada anak bangsa kita kelak...ilmu yang diperoleh dalam kelas ini banyak membantu kita untuk kejayaan di masa hadapan..
Post a Comment