Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Ramadhan..
Pada minggu ini, kami telah mempelajari dua subjek muzik tradisional iaitu makyung dan kompang. Menurut sejarah makyung, makyung berasal dalam kategori seni lakon sama seperti manora dan lain-lain. Makyung berasal dari Patani dan telah tersebar luas di semenanjung malaysia medan dan kepulaun riau-lingga di Indonesia. Mengikut Tujuan Ritual makyung dipersembahkan melalui Main Puteri untuk tujuan penyembuhan penyakit, persembahan sebagai sembah guru ada aras panggung sama dengan aras tanah.
Tujuan persembahan lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung, pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai. Contohnya : Theater In The Round. Cerita Makyung ini berasal bertajuk Dewa Muda dan ia juga boleh dikategorikan dalam cerita rakyat. Makyung mempunyai watak-watak seperti pakyung dan pakyung Muda sebagai Watak Utama, Makyung dan Puteri Makyung sebagai Raja Perempuan dan Peran Tua dan Peran Muda sebagai Pengasuh serta Tok Wak sebagai ahli nujum dan tukang. Alat Muzik utama makyung ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab yang mempunyai 3 tali.
Selain itu, kami juga telah mempelajari muzik tradisional kompang. Kompang telah dibawa masuk oleh pendatang dari negara arab. Kompang merupakan satu alat yang dimainkan secara paluan dan biasanya dimainkan dengan mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatam, berkhatam Quran dan Uparaca rasmi yang melibatkan pembesar. Kompang terbahagi kepada beberapa jenis seperti kompang Hadrah berasal dari Negeri Perak, Kompang Johor / Jawa, kompang Eizhar berasal dari Negari Selangor dan Kompang Kelalang dari Negeri Melaka.
Kompang telah diperbuat dari kulit kambing hitam atau kambing betina dan belulang baluh seperti kayu nangka. Kompang juga mempunyai teknik paluan tertentu, hal ini bertujuan agar kompang dapat menghasilkan bunyi yang betul.
Pada akhir pembelajaran kami bersama-sama telah mempraktikkan permainan kompang di dalam kelas. Kami berasa amat seronok kerana dapat bersama-sama dengan pelajar yang bukan muzik bermain kompang. Terima kasih en amran kerana memberi kami pengalaman tersebut.
Sekian, Terima Kasih

0 comments:
Post a Comment