salam sejahtera. pada minggu ke 10 ini kumpulan hari rabu telah membuat dua bentuk pembentangan yang bertajuk nobat dan orkestra cina. Nobat ialah satu muzik yang dimainkan di sesebuah istana. kumpulan pembentang telah membuat kerja lapangan ke Istana besar Perak. perkara ini membuat saya kagum dan teruja terhadap ini kerana telah berjaya ke istana sendiri untuk menyaksikan permainana nobat ini.
sebagaimana yang saya telah dimaklumkan, nobat merupakan satu muzik tradisional kurun temurun yang hanya dipersembahkan di istana-istana tertentu sahaja dan dimainkan oleh individu yang mewarisinya. Nobat ini mempunyai banyak pantang larang yang harus dipatuhi dan ianya amat sesuailah sekiranya hanya dimainkan di istana sahaja. hal ini kerana, sekiranya permainan ini dimainkan di kawasan rakyat tempatan pasti ianya akan luput dek peredaran zaman.
selain itu, kumpulan seterusnya telah membentangkan tajuk yang bertajuk Orkestra Cina Moden. Sebagaimana yang kita ketahui masyarakat cina amat kaya dengan seni terutamanya seni muzik yang mana ia amat berkembang pesat dari tahun ke tahun. kumpulan ini banyak memperkenalkan kepada kami alat-alat muzik yang tidak pernah sama sekali kami melihatnya. ia amat menarik sekali kerana kami dapat mempelajari satu lagi perkara yang pada minggu ini.
sekian terima kasih.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
1 comments:
kumpulan saya telah cuba bentangkan yang terbaik supaya dapat difahami oleh anda semua..[group OCM]
Post a Comment